Monday, August 9, 2010

Doa Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Salam ramadhan to all!Pakcik di sini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pembaca,maklumla esok kita dah n start puasa,so pada sape2 yang boleh berpuasa jangan la abaikan fardhu ini. dan banyakkan la berzikir,membaca al quran , bersedekah dan beribadat di malam dan di siang hari insyaallah.Disini pakck ingin berkongsi tentang niat puasa sebulan,puasa harian dan niat berbuka puasa.So sesape yang dah lupe tu,boleh la rujuk disini :


Lafaz Niat Puasa Sebulan


"Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan ramadhan kerana Allah Taala "

(dibaca pada malam pertama terawih)




Lafaz Niat Puasa Harian

nawaitu souma ghodin 'an adaa i ,fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa

"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadan tahun ini krn Allah Taala"


Doa Berbuka Puasa




Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin(jikalau berdoa berbuka sendirian)

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Allahumma laka shumna wa bika amanna wa'alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin (jikalau berdoa utk berbuka beramai-ramai)

Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih da Penyayang


p/s: Diharap apa yang di beri dapat dimanfaatkan oleh kita bersama,insyaallah (^_^) Peace no War!