Saturday, July 24, 2010

Video wajib tonton(geli-geli punyer)

Salam to all..arini pakcik ada video geli-geli untuk pakcik share kt pembaca semua...hehehe...pasti cuakkan,so tontonla video ini untuk lebih keterangan lebih lanjut..hehehe bukan 18sx tau....ni just video koleksi pakcik je..heheh..selamat menonton!!

p/s :Lawak la tgk video ni...mmg antara koleksi pakcik yg ada..hehehe

Monday, July 12, 2010

5 Perkara Kamu Perlu Menamatkan Status Solo


Salam to all!! Pakcik kembali dengan tip-tip yang lebih urban..huhuh...firstly pakcik nak mintak maaf la kepada pembaca kerana dah lama tidak update blog pakcik ni,maklumlah kerja byk daa..tapi takpe,arinih pakcik nak kongsi sedikit tentang 5 Perkara Kamu Perlu Menamatkan Status Solo!!!.Biasa la hidup solo mmg seronok brader,tapi kalau dah lama sgt mmg hidup korang akan dilanda kebosanan setiap hari bak kata member pakcik "My life is empty" huhuhu..Okla tanda-tanda nya ialah :

1. Perasan
Bila ada awek cun berjalan di sebelah dan tersenyum pada korang,mula lah korang perasan yang diri tu hensem dan ego membuak-buak.Kononnya, diorang terpikat dengan gaya dan penampilan yang korang gayakan.Tapi cube korang perhatikan betul-betul,mana lah tau awek-awek tu bukan senyum sebab korang hensem,tapi mungkin mereka gelakkan gaya selekeh korang atau terlihat cebisan cili yang terlekat kt gigi korang masa makan tgh hari tadi.hehehe


2. Tabiat makan tidak elok
Jika dapur korang penuh dengan pelbagai perisa mee segera dan makanan segera,sahla yang korang telah lama duduk single,kalau x percaya pergi lah periksa dapor korang sekarang!


3. Gila Game
CounterStrike?DOTA(Dunia Orang Takde Awek)?FIFA 2010? Semua ini pasti nya termasuk didalam hobi korang .Mengisi masa lapang dengan bermain game adalah pilihan terbaek bagi korang yang xde awek untuk diajak keluar dating.tapi kalau main game berjam-jam lamanye sampai tiada masa untuk aktiviti riadaha yang lain,pastinya akan merosakkan peluang kamu untuk mendekati mana-mana awek diluar sana. Silap-silap korang akan membujang sampai ke tua.huhuhu


4.Meluahkan perasaan dekat perempuan
Apa lagi tanda yang kamu telah lama single?Cth: Korang akan menjawab soalan kawan perempuan korang seperti " Camne life sekarang?" dengan bebelan dan emosi panjang mengenai hidup single yang membosan kan.Kalau Makcik Cleaner,dengar bebelan korang tu, dia pon tau korang tgh desperate nak carik awek.Wakaka


5. Korang mula spy awek lama
Terima kasih kepada internet krn hampir setiap butiran individu mudah dicari atau digoogle,spt facebook,friendster dan twitter. akan timbul satu saat,korang akan search nama ex-awek korang untuk spy dan tgk apa yang sedang si dia lakukan sekarang dengan harapan cinta lama akan berputik kembali.Sudah la Bro! Pergila lepak mana-mana carik awek lain!..huhuhu

p/s: Diharap apa yang pakcik sampaikan ini dapat la korang sikit sebanyak tanda-tanda untuk korang hidup berkeluarga..hehehe

Friday, July 2, 2010

Video Klip 6itxh Sense(Yang Sempurnakanku)

Disini pakcik nk share bersama video klip dan lagu terbaru 6ixth Sense-Yang sempurnakanku..memang best lah..pakcik layan lagu nih..terbaek la...kepada pembaca-pembaca semua hayati lah video klip ini dan diharap anda semua terhibur!!..Two Thumbs Up!

p/s:Lelaki dan Perempuan amat diperlukan satu sama lain untuk menyempurnakan hidup masing-masing!

Sikap Lelaki yang dibenci oleh Wanita


"Sikap Lelaki yang dibenci oleh Wanita"tajuk post ni agak menarik untuk pakcik share bersama pembaca-pembaca semua.Kebanyakkan lelaki banyak yang tidak tahu apa yang paling utama yang wanita benci jikalau ada sifat2 ini pada lelaki,iaitu:

1. Garang
Ada lelaki yang garang tidak bertempat ,ada pula yang suka mencarut,suka cari gaduh ,bercakap kasar,suka marah-marah.Wanita paling tidak suka jikalau diri mereka di kasari dan dimarahi tanpa sebab.Mereka juga bukanlah alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram sebaliknya perlu dilayan lemah lembut.

2.Ganas
Lelaki jenis kaki pukul,tunjuk kuat di depan wanita sememangnya sikap yang tidak disukai wanita.Lelaki jenis ini jikalau sudah berkahwin,pasti menjadikan isterinya sbg mangsa.Wanita adalah golongan yang lemah,lelaki haruslah melindungi mereka dan bukan menyakiti mereka.


3.Gementar
Sifat gementar juga tidak disukai oleh wanita seperti sentiasa bimbang,tidak yakin pada diri sendiri,dan suka bergantung pada org lain.Sebagai contoh,apabila dihadapan wanita,lidah kelu seribu bahasa dan percakapan pon tidak berapa jelas,sepatutnye lelaki harus kikis perasaan tersebut apabila berhadapan dengan wanita,mereka juga manusia ,bukannya harimau!


4.Menggelabah
Lelaki yang tidak tahu membuat keputusan sendiri dan asyik mengikut pendapat wanita sahaja.Ingat!Wanita tidak suka pada lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik apabila menghadapi sesuatu perkara.


5.Tidak Gentleman
Lelaki yang tidak gentleman termasuklah mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan ke atas diri wanita.Ringankanlah tulang,tolong jikalau wanita tersebut menghadapi kesukaran dan lelaki haruslah menghormati wanita dengan selayaknya.


6.Penipu
Lelaki yang suka menipu wanita untuk kepentingan diri sendiri sukar untuk dimaafkan.Lelaki sebaliknya haruslah bersikap jujur dan bercakap benar dengan wanita.Jika sentiasa membohongi wanita,sudah pasti lama kelamaan kepercayaan terhadap anda akan musnah.


p/s: Peringatan kepada lelaki diluar sana(termausk pakcik sekali)kikiskan lah sikap2 yang disebut diatas supaya kita tidak dibenci oleh kaum wanita.Peace no war!

Thursday, July 1, 2010

Petua Mendapatkan Jodoh

Salam n a very good morning!.This time pakcik nk share sikit lah tentang petua yang selalu pembaca-pembaca ingin tahu ,iaitu tentang Petua Mendapatkan Jodoh.Petua ini juga pakcik dapat dari risalah yang pakcik baca dan pakcik rasa ia amat berguna untuk kita semua dalam mendapatkan jodoh! Antara petua-petua dalam mendapatkan jodoh ialah :
  1. Membentuk perwatakan diri yang menarik sama ada luaran atau dalaman.,ni termasuk membentuk peribadi yang menarik menjaga penampilan wajah dan badan,menyayangi org lain dan jangan mementingkan diri sendiri,bergaul serta berkomunikasi dengan semua orang dengan baik dan mesra.Usah jual mahal dengan org lain dengan menyombong diri.

  2. Memulakan usaha untuk berkenalan dengan orang lain secara langsung atau menerusi teman rapat dan taulan.Contohnya menyapa dengan baik,menelefon dan sebagainya.Ia tidak salah malah pernah dilakukan oleh Khadijah,isteri pertama Nabi S.A.W. Jangan takut digelar seperti ‘perigi mencari timba’ dalam perkara yang baik ini.Kita mungkin boleh berkomunikasi secara fikiran dengan menghantar hasrat murni dan kasih sayang kepada bakal kenalan.

  3. Menjaga hubungan dengan kenalan atau pasangan dengan baik dan penuh hormat.Kebanyakkan lelaki suka pada pasangan yang sederhana dan tidak materialistic(mementingkan harta),berterima kasih dengan pemberian, serta sentiasa reda dengan apa yang ada.

  4. Sentiasa belajar untuk membaiki diri,perangai dan perwatakan diri.Ini termasuk kemahiran berkomunikasi,memperlihatkan sifat wanita yang sebenar dan jangan mudah menemplak kelemahan lelaki.

p/s:Pakcik pon sedang mengamalkan petua ni,biasalah nk dapat jodoh kene lah usaha,tak boleh diam je tanpa usaha :-).Diharap pembaca semua dapatlah sedikit sebanyak manfaat dari info yang pakcik share ni.Peace NO war!