Friday, July 2, 2010

Sikap Lelaki yang dibenci oleh Wanita


"Sikap Lelaki yang dibenci oleh Wanita"tajuk post ni agak menarik untuk pakcik share bersama pembaca-pembaca semua.Kebanyakkan lelaki banyak yang tidak tahu apa yang paling utama yang wanita benci jikalau ada sifat2 ini pada lelaki,iaitu:

1. Garang
Ada lelaki yang garang tidak bertempat ,ada pula yang suka mencarut,suka cari gaduh ,bercakap kasar,suka marah-marah.Wanita paling tidak suka jikalau diri mereka di kasari dan dimarahi tanpa sebab.Mereka juga bukanlah alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram sebaliknya perlu dilayan lemah lembut.

2.Ganas
Lelaki jenis kaki pukul,tunjuk kuat di depan wanita sememangnya sikap yang tidak disukai wanita.Lelaki jenis ini jikalau sudah berkahwin,pasti menjadikan isterinya sbg mangsa.Wanita adalah golongan yang lemah,lelaki haruslah melindungi mereka dan bukan menyakiti mereka.


3.Gementar
Sifat gementar juga tidak disukai oleh wanita seperti sentiasa bimbang,tidak yakin pada diri sendiri,dan suka bergantung pada org lain.Sebagai contoh,apabila dihadapan wanita,lidah kelu seribu bahasa dan percakapan pon tidak berapa jelas,sepatutnye lelaki harus kikis perasaan tersebut apabila berhadapan dengan wanita,mereka juga manusia ,bukannya harimau!


4.Menggelabah
Lelaki yang tidak tahu membuat keputusan sendiri dan asyik mengikut pendapat wanita sahaja.Ingat!Wanita tidak suka pada lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik apabila menghadapi sesuatu perkara.


5.Tidak Gentleman
Lelaki yang tidak gentleman termasuklah mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan ke atas diri wanita.Ringankanlah tulang,tolong jikalau wanita tersebut menghadapi kesukaran dan lelaki haruslah menghormati wanita dengan selayaknya.


6.Penipu
Lelaki yang suka menipu wanita untuk kepentingan diri sendiri sukar untuk dimaafkan.Lelaki sebaliknya haruslah bersikap jujur dan bercakap benar dengan wanita.Jika sentiasa membohongi wanita,sudah pasti lama kelamaan kepercayaan terhadap anda akan musnah.


p/s: Peringatan kepada lelaki diluar sana(termausk pakcik sekali)kikiskan lah sikap2 yang disebut diatas supaya kita tidak dibenci oleh kaum wanita.Peace no war!

No comments:

Post a Comment