Monday, July 12, 2010

5 Perkara Kamu Perlu Menamatkan Status Solo


Salam to all!! Pakcik kembali dengan tip-tip yang lebih urban..huhuh...firstly pakcik nak mintak maaf la kepada pembaca kerana dah lama tidak update blog pakcik ni,maklumlah kerja byk daa..tapi takpe,arinih pakcik nak kongsi sedikit tentang 5 Perkara Kamu Perlu Menamatkan Status Solo!!!.Biasa la hidup solo mmg seronok brader,tapi kalau dah lama sgt mmg hidup korang akan dilanda kebosanan setiap hari bak kata member pakcik "My life is empty" huhuhu..Okla tanda-tanda nya ialah :

1. Perasan
Bila ada awek cun berjalan di sebelah dan tersenyum pada korang,mula lah korang perasan yang diri tu hensem dan ego membuak-buak.Kononnya, diorang terpikat dengan gaya dan penampilan yang korang gayakan.Tapi cube korang perhatikan betul-betul,mana lah tau awek-awek tu bukan senyum sebab korang hensem,tapi mungkin mereka gelakkan gaya selekeh korang atau terlihat cebisan cili yang terlekat kt gigi korang masa makan tgh hari tadi.hehehe


2. Tabiat makan tidak elok
Jika dapur korang penuh dengan pelbagai perisa mee segera dan makanan segera,sahla yang korang telah lama duduk single,kalau x percaya pergi lah periksa dapor korang sekarang!


3. Gila Game
CounterStrike?DOTA(Dunia Orang Takde Awek)?FIFA 2010? Semua ini pasti nya termasuk didalam hobi korang .Mengisi masa lapang dengan bermain game adalah pilihan terbaek bagi korang yang xde awek untuk diajak keluar dating.tapi kalau main game berjam-jam lamanye sampai tiada masa untuk aktiviti riadaha yang lain,pastinya akan merosakkan peluang kamu untuk mendekati mana-mana awek diluar sana. Silap-silap korang akan membujang sampai ke tua.huhuhu


4.Meluahkan perasaan dekat perempuan
Apa lagi tanda yang kamu telah lama single?Cth: Korang akan menjawab soalan kawan perempuan korang seperti " Camne life sekarang?" dengan bebelan dan emosi panjang mengenai hidup single yang membosan kan.Kalau Makcik Cleaner,dengar bebelan korang tu, dia pon tau korang tgh desperate nak carik awek.Wakaka


5. Korang mula spy awek lama
Terima kasih kepada internet krn hampir setiap butiran individu mudah dicari atau digoogle,spt facebook,friendster dan twitter. akan timbul satu saat,korang akan search nama ex-awek korang untuk spy dan tgk apa yang sedang si dia lakukan sekarang dengan harapan cinta lama akan berputik kembali.Sudah la Bro! Pergila lepak mana-mana carik awek lain!..huhuhu

p/s: Diharap apa yang pakcik sampaikan ini dapat la korang sikit sebanyak tanda-tanda untuk korang hidup berkeluarga..hehehe

2 comments:

  1. farin... no 5 tu mcm ko biasa buat jer skang ni!! hehehehe... gurau je bro!!

    ReplyDelete
  2. oo,pakcik..maggie x boleh makan, carbs tinggi ..;D

    ReplyDelete