Saturday, July 24, 2010

Video wajib tonton(geli-geli punyer)

Salam to all..arini pakcik ada video geli-geli untuk pakcik share kt pembaca semua...hehehe...pasti cuakkan,so tontonla video ini untuk lebih keterangan lebih lanjut..hehehe bukan 18sx tau....ni just video koleksi pakcik je..heheh..selamat menonton!!

p/s :Lawak la tgk video ni...mmg antara koleksi pakcik yg ada..hehehe

Monday, July 12, 2010

5 Perkara Kamu Perlu Menamatkan Status Solo


Salam to all!! Pakcik kembali dengan tip-tip yang lebih urban..huhuh...firstly pakcik nak mintak maaf la kepada pembaca kerana dah lama tidak update blog pakcik ni,maklumlah kerja byk daa..tapi takpe,arinih pakcik nak kongsi sedikit tentang 5 Perkara Kamu Perlu Menamatkan Status Solo!!!.Biasa la hidup solo mmg seronok brader,tapi kalau dah lama sgt mmg hidup korang akan dilanda kebosanan setiap hari bak kata member pakcik "My life is empty" huhuhu..Okla tanda-tanda nya ialah :

1. Perasan
Bila ada awek cun berjalan di sebelah dan tersenyum pada korang,mula lah korang perasan yang diri tu hensem dan ego membuak-buak.Kononnya, diorang terpikat dengan gaya dan penampilan yang korang gayakan.Tapi cube korang perhatikan betul-betul,mana lah tau awek-awek tu bukan senyum sebab korang hensem,tapi mungkin mereka gelakkan gaya selekeh korang atau terlihat cebisan cili yang terlekat kt gigi korang masa makan tgh hari tadi.hehehe


2. Tabiat makan tidak elok
Jika dapur korang penuh dengan pelbagai perisa mee segera dan makanan segera,sahla yang korang telah lama duduk single,kalau x percaya pergi lah periksa dapor korang sekarang!


3. Gila Game
CounterStrike?DOTA(Dunia Orang Takde Awek)?FIFA 2010? Semua ini pasti nya termasuk didalam hobi korang .Mengisi masa lapang dengan bermain game adalah pilihan terbaek bagi korang yang xde awek untuk diajak keluar dating.tapi kalau main game berjam-jam lamanye sampai tiada masa untuk aktiviti riadaha yang lain,pastinya akan merosakkan peluang kamu untuk mendekati mana-mana awek diluar sana. Silap-silap korang akan membujang sampai ke tua.huhuhu


4.Meluahkan perasaan dekat perempuan
Apa lagi tanda yang kamu telah lama single?Cth: Korang akan menjawab soalan kawan perempuan korang seperti " Camne life sekarang?" dengan bebelan dan emosi panjang mengenai hidup single yang membosan kan.Kalau Makcik Cleaner,dengar bebelan korang tu, dia pon tau korang tgh desperate nak carik awek.Wakaka


5. Korang mula spy awek lama
Terima kasih kepada internet krn hampir setiap butiran individu mudah dicari atau digoogle,spt facebook,friendster dan twitter. akan timbul satu saat,korang akan search nama ex-awek korang untuk spy dan tgk apa yang sedang si dia lakukan sekarang dengan harapan cinta lama akan berputik kembali.Sudah la Bro! Pergila lepak mana-mana carik awek lain!..huhuhu

p/s: Diharap apa yang pakcik sampaikan ini dapat la korang sikit sebanyak tanda-tanda untuk korang hidup berkeluarga..hehehe

Friday, July 2, 2010

Video Klip 6itxh Sense(Yang Sempurnakanku)

Disini pakcik nk share bersama video klip dan lagu terbaru 6ixth Sense-Yang sempurnakanku..memang best lah..pakcik layan lagu nih..terbaek la...kepada pembaca-pembaca semua hayati lah video klip ini dan diharap anda semua terhibur!!..Two Thumbs Up!

p/s:Lelaki dan Perempuan amat diperlukan satu sama lain untuk menyempurnakan hidup masing-masing!

Sikap Lelaki yang dibenci oleh Wanita


"Sikap Lelaki yang dibenci oleh Wanita"tajuk post ni agak menarik untuk pakcik share bersama pembaca-pembaca semua.Kebanyakkan lelaki banyak yang tidak tahu apa yang paling utama yang wanita benci jikalau ada sifat2 ini pada lelaki,iaitu:

1. Garang
Ada lelaki yang garang tidak bertempat ,ada pula yang suka mencarut,suka cari gaduh ,bercakap kasar,suka marah-marah.Wanita paling tidak suka jikalau diri mereka di kasari dan dimarahi tanpa sebab.Mereka juga bukanlah alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram sebaliknya perlu dilayan lemah lembut.

2.Ganas
Lelaki jenis kaki pukul,tunjuk kuat di depan wanita sememangnya sikap yang tidak disukai wanita.Lelaki jenis ini jikalau sudah berkahwin,pasti menjadikan isterinya sbg mangsa.Wanita adalah golongan yang lemah,lelaki haruslah melindungi mereka dan bukan menyakiti mereka.


3.Gementar
Sifat gementar juga tidak disukai oleh wanita seperti sentiasa bimbang,tidak yakin pada diri sendiri,dan suka bergantung pada org lain.Sebagai contoh,apabila dihadapan wanita,lidah kelu seribu bahasa dan percakapan pon tidak berapa jelas,sepatutnye lelaki harus kikis perasaan tersebut apabila berhadapan dengan wanita,mereka juga manusia ,bukannya harimau!


4.Menggelabah
Lelaki yang tidak tahu membuat keputusan sendiri dan asyik mengikut pendapat wanita sahaja.Ingat!Wanita tidak suka pada lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik apabila menghadapi sesuatu perkara.


5.Tidak Gentleman
Lelaki yang tidak gentleman termasuklah mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan ke atas diri wanita.Ringankanlah tulang,tolong jikalau wanita tersebut menghadapi kesukaran dan lelaki haruslah menghormati wanita dengan selayaknya.


6.Penipu
Lelaki yang suka menipu wanita untuk kepentingan diri sendiri sukar untuk dimaafkan.Lelaki sebaliknya haruslah bersikap jujur dan bercakap benar dengan wanita.Jika sentiasa membohongi wanita,sudah pasti lama kelamaan kepercayaan terhadap anda akan musnah.


p/s: Peringatan kepada lelaki diluar sana(termausk pakcik sekali)kikiskan lah sikap2 yang disebut diatas supaya kita tidak dibenci oleh kaum wanita.Peace no war!

Thursday, July 1, 2010

Petua Mendapatkan Jodoh

Salam n a very good morning!.This time pakcik nk share sikit lah tentang petua yang selalu pembaca-pembaca ingin tahu ,iaitu tentang Petua Mendapatkan Jodoh.Petua ini juga pakcik dapat dari risalah yang pakcik baca dan pakcik rasa ia amat berguna untuk kita semua dalam mendapatkan jodoh! Antara petua-petua dalam mendapatkan jodoh ialah :
  1. Membentuk perwatakan diri yang menarik sama ada luaran atau dalaman.,ni termasuk membentuk peribadi yang menarik menjaga penampilan wajah dan badan,menyayangi org lain dan jangan mementingkan diri sendiri,bergaul serta berkomunikasi dengan semua orang dengan baik dan mesra.Usah jual mahal dengan org lain dengan menyombong diri.

  2. Memulakan usaha untuk berkenalan dengan orang lain secara langsung atau menerusi teman rapat dan taulan.Contohnya menyapa dengan baik,menelefon dan sebagainya.Ia tidak salah malah pernah dilakukan oleh Khadijah,isteri pertama Nabi S.A.W. Jangan takut digelar seperti ‘perigi mencari timba’ dalam perkara yang baik ini.Kita mungkin boleh berkomunikasi secara fikiran dengan menghantar hasrat murni dan kasih sayang kepada bakal kenalan.

  3. Menjaga hubungan dengan kenalan atau pasangan dengan baik dan penuh hormat.Kebanyakkan lelaki suka pada pasangan yang sederhana dan tidak materialistic(mementingkan harta),berterima kasih dengan pemberian, serta sentiasa reda dengan apa yang ada.

  4. Sentiasa belajar untuk membaiki diri,perangai dan perwatakan diri.Ini termasuk kemahiran berkomunikasi,memperlihatkan sifat wanita yang sebenar dan jangan mudah menemplak kelemahan lelaki.

p/s:Pakcik pon sedang mengamalkan petua ni,biasalah nk dapat jodoh kene lah usaha,tak boleh diam je tanpa usaha :-).Diharap pembaca semua dapatlah sedikit sebanyak manfaat dari info yang pakcik share ni.Peace NO war!


Monday, June 28, 2010

Apa Wanita Patut Tahu Tentang Lelaki



Salam all,pakcik hari ni nk berkongsi serba sedikit tentang apa yang wanita perlu tahu tentang lelaki.Pakcik pon lelaki,so need to be fair,pakcik buatkan lah post ini untuk tatapan pembaca semua.Antara yang wanita patut tahu ialah :



  1. Birthday,valentines dan anniversary bukanlah tarikh penting bagi lelaki.Tarikh gaji keluar , tarikh bayar hutang atau bila tarikh perlawanan bola lagi penting untuk di ingat tau!

  2. Kalau terdesak,lelaki boleh buang air kecil di tepi semak,dipokok atau kt celah-celah longkang.Wanita!Oh x sopan jika buat mcm tu.huhuhu

  3. Kadang kala lelaki tidak berfikir tentang anda.Maaflah ya....

  4. Hujung minggu adalah masa untuk futsal,pools,video games,mamak,camping atau fishing bersama teman-teman.Teman wanita??Kita tengok hari lain lah!!

  5. Tidak perlu ada masa untk PMS!Wanita paham la apa itu PMS...hehe

  6. Tiga pasang kasut dah cukup dah bg lelaki-sport shoes,casual shoes dan formal shoes.dan tak ketinggalan sandal n selipar jepun.Semuanya sesuai untuk disuai padan.

  7. Ya dan Tidak adalah jawapan yang paling sempurna untuk semua persoalan.Tidak perlu ada alasan,huraian atau kesimpulan yg pangjang lebar.

  8. Bercerita la dengan lelaki tentang masalah yang perlu diselesaikan,bukan mencari simpati!

  9. Perkara yang diceritakan 6 bulan lepas,pasti sukar untuk di ingati semula.ala...cerita 7 hari lepas pon kadang-kadang x ingat.huhu

  10. Bila berat badan anda naik 1kg,bukan main kecoh anda mengomel,kalau lelaki,"ala naik sekilo jer,ape ada hal...."

  11. Christoper colombus tidak perlukan peta ketika belayar mengelilingi dunia.Itu lah lelaki,tak perlukan peta,redah aje..kalau sesat pergi jelah stesen minyak atau balai polis untuk bertanya jalan.Itu pon kalau benar2 terdesak.

  12. Anda cume perlu memberitahu lelaki tentang apa yang perlu dilakukan ATAU apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikannya.Tetapi bukan kedua-duanya serentak.Tapi lg bagus kalau anda tahu buat sendiri.(Lelaki suka wanita yg pandai berdikari).

  13. Lelaki bukan lah mind readers yang baik.Jadi anda perlulah berterus terang dari mengharapkan mereka mengesan apa yang sedang bermain di minda atau hati anda

  14. Jika anda berkata"Tidak ada apa apa",lelaki beranggapan memang tidak ada apa-apa.They know you are lying,but it is just not worth the hassle.

  15. Jangan bertanyakan apa yang lelaki sedang fikirkan.Kecuali anda bersedia untuk berbincang mengenai topik tersebut dan juga mampu menerima apa juga feedback daripadanya.Lelaki pun ada kalanya lebih 'laser' berbanding wanita!Jadi bersedialah.

p/s:Pakcik pon ada beberapa sifat di atas.cume bukan semua la...ini hanyalah maklumat yang pakcik dapat untuk dikongsi bersama.Peace no War!!






Sunday, June 27, 2010

Langkah-langkah yg perlu utk mengukuhkan perhubungan


Salam all!! Maaf kerana senjak akhir-akhir ni pakcik x dapat nk post news dlm blog pakcik ni di atas beberapa factor yg x dapat dielakkan.Tapi xpe…disini pakcik ingin berkongsi info sedikit berkenaan dengan Langkah-langkah yang perlu untuk mengukuhkan sesuatu perhubungan dengan si dia.Kadang-kadang byk pasangan pada zaman sekarang tidak tahu cara untuk mengukuhkan perhubungan mereka apabila keadaan menjadi semakin pudar.Disini pakcik ada beberapa langkah yang boleh dipraktikkan iaitu :



1.Komunikasi
Ada pasangan yang jarang dapat berjumpa atas factor jarak dan mungkin atas factor kerja yang mungkin memerlukan untuk kerja di luar kawasan.Namun itu semua bukanlah alasan untuk berhubung dengan pasangan anda.Zaman sekarang terdapat byk cara untuk berkomunikasi iaitu dengan menggunakan teknologi sms,email,chatting dan sbgnya.Gunakanlah teknologi tersebut untuk memastikan hubungan anda dan pasangan berlangsung biarpon tinggal berjauhan untuk sementara waktu.

2.Beri Perhatian
Berikan lah perhatian lebih kepada pasangan anda .Sudah tentu si dia merupakan insan istimewa kepada anda,dan tidak salah untuk berikan yang terbaek untuk dia.Jika si dia mempunyai masalah,bantu lah dengan sebaik mungkin dan dengarlah curahan hati si dia serta memberikan pertolongan dan menyelesaikannya bersama.Jadilah seorang kekasih yg prihatin.

3.Ungkapan Cinta yang Tulus
Jgn kedekut untuk mengungkapkan kata-kata cinta kepada si dia.Lakukan nya secara ikhlas dari hati anda jgn dibuat secara paksaan.Anda perlu kreatif untuk menzahirkan ungkapan tersebut dan bukan secara skema.Lahirkan ungkapan tersebut dari hati anda sendiri.

4.Pelajari sifat dan perilaku.
Anda perlu mempelajari sifat si dia,apa yang dia suka dan apa yang si dia tidak suka,dan anda perlu memahami dan menerima apa yang dia,suka dan tidak suka tentang sesuatu perkara.Pabila anda sudah tahu apa yang dia tidak suka,jangan anda mencari pasal dengan melakukan apa yang tidak disukainya atau mengendah perkara yang disukainya.Tetapi jikalau ada yang dingini si dia ,membatasi hukum-hukum agama atau undang-undang,anda perlu menasihati dan membasminya sebaik mungkin.

5.Hubungan keluarga yang baik
Anda mahu berkahwin dengannya,secara automatiknya anda perlu ‘berkahwin’ dengan semua keluarganya.Jgn pula abaikan keluarga nya dan hanya pentingkan si dia shj.Anda perlulah mewujudkan perhubungan yang baik diantara anda dan kesemua keluarga si dia,ini dapat membantu hubungan anda dengan si dia semakin baik.

6.Jujur dan jadilah diri sendiri
Anda haruslah jujur didalam perhubungan yang anda wujudkan bersama si dia,tidak perlulah berlakon untuk menjadi orang lain,Just be your self dan pastinya anda akan berasa lebih bebas tanpa perlu bersikap hipokrit.Adalah lebih indah dan bermakna utk berlaku jujur tanpa ada dusta antara anda dan dirinya.

7.Menjaga emosi dan egois
Anda perlulah menjaga emosi anda dengan si dia sekiranya berlaku perselisihan faham atau ada yang si dia melakukan kesalahan.Pamerkan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi situasi sebegitu,jgn biarkan perasaan marah anda menguasai diri anda.Tenang dan gunakan akal fikiran anda untuk mengatasi masalah tersebut dan jgn terlalu egois terhadap si dia.

8.Masalah untuk diselesaikan bukan diabaikan
Jikalau terdapat masalah diantara anda dan si dia,selesaikan lah dengan secepat mungkin,dan jgn lah anda menunda dan membiarkan masalah yang di hadapi,ia boleh membuatkan perhubungan anda menjadi pudar.Maka perlulah menghadapi masalah-masalah tersebut dengan secepat yang mungkin .supaya tidak membelenggu perhubungan anda dgn si dia.


Diharap info yang pakcik berikan kepada anda semua dapat sedikit sebanyak membantu dalam perhubungan anda semua.Renung2kan..Peace no War!