Salam all!! Maaf kerana senjak akhir-akhir ni pakcik x dapat nk post news dlm blog pakcik ni di atas beberapa factor yg x dapat dielakkan.Tapi xpe…disini pakcik ingin berkongsi info sedikit berkenaan dengan Langkah-langkah yang perlu untuk mengukuhkan sesuatu perhubungan dengan si dia.Kadang-kadang byk pasangan pada zaman sekarang tidak tahu cara untuk mengukuhkan perhubungan mereka apabila keadaan menjadi semakin pudar.Disini pakcik ada beberapa langkah yang boleh dipraktikkan iaitu :
1.Komunikasi
Ada pasangan yang jarang dapat berjumpa atas factor jarak dan mungkin atas factor kerja yang mungkin memerlukan untuk kerja di luar kawasan.Namun itu semua bukanlah alasan untuk berhubung dengan pasangan anda.Zaman sekarang terdapat byk cara untuk berkomunikasi iaitu dengan menggunakan teknologi sms,email,chatting dan sbgnya.Gunakanlah teknologi tersebut untuk memastikan hubungan anda dan pasangan berlangsung biarpon tinggal berjauhan untuk sementara waktu.
2.Beri Perhatian
Berikan lah perhatian lebih kepada pasangan anda .Sudah tentu si dia merupakan insan istimewa kepada anda,dan tidak salah untuk berikan yang terbaek untuk dia.Jika si dia mempunyai masalah,bantu lah dengan sebaik mungkin dan dengarlah curahan hati si dia serta memberikan pertolongan dan menyelesaikannya bersama.Jadilah seorang kekasih yg prihatin.
3.Ungkapan Cinta yang Tulus
Jgn kedekut untuk mengungkapkan kata-kata cinta kepada si dia.Lakukan nya secara ikhlas dari hati anda jgn dibuat secara paksaan.Anda perlu kreatif untuk menzahirkan ungkapan tersebut dan bukan secara skema.Lahirkan ungkapan tersebut dari hati anda sendiri.
4.Pelajari sifat dan perilaku.
Anda perlu mempelajari sifat si dia,apa yang dia suka dan apa yang si dia tidak suka,dan anda perlu memahami dan menerima apa yang dia,suka dan tidak suka tentang sesuatu perkara.Pabila anda sudah tahu apa yang dia tidak suka,jangan anda mencari pasal dengan melakukan apa yang tidak disukainya atau mengendah perkara yang disukainya.Tetapi jikalau ada yang dingini si dia ,membatasi hukum-hukum agama atau undang-undang,anda perlu menasihati dan membasminya sebaik mungkin.
5.Hubungan keluarga yang baik
Anda mahu berkahwin dengannya,secara automatiknya anda perlu ‘berkahwin’ dengan semua keluarganya.Jgn pula abaikan keluarga nya dan hanya pentingkan si dia shj.Anda perlulah mewujudkan perhubungan yang baik diantara anda dan kesemua keluarga si dia,ini dapat membantu hubungan anda dengan si dia semakin baik.
6.Jujur dan jadilah diri sendiri
Anda haruslah jujur didalam perhubungan yang anda wujudkan bersama si dia,tidak perlulah berlakon untuk menjadi orang lain,Just be your self dan pastinya anda akan berasa lebih bebas tanpa perlu bersikap hipokrit.Adalah lebih indah dan bermakna utk berlaku jujur tanpa ada dusta antara anda dan dirinya.
7.Menjaga emosi dan egois
Anda perlulah menjaga emosi anda dengan si dia sekiranya berlaku perselisihan faham atau ada yang si dia melakukan kesalahan.Pamerkan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi situasi sebegitu,jgn biarkan perasaan marah anda menguasai diri anda.Tenang dan gunakan akal fikiran anda untuk mengatasi masalah tersebut dan jgn terlalu egois terhadap si dia.
8.Masalah untuk diselesaikan bukan diabaikan
Jikalau terdapat masalah diantara anda dan si dia,selesaikan lah dengan secepat mungkin,dan jgn lah anda menunda dan membiarkan masalah yang di hadapi,ia boleh membuatkan perhubungan anda menjadi pudar.Maka perlulah menghadapi masalah-masalah tersebut dengan secepat yang mungkin .supaya tidak membelenggu perhubungan anda dgn si dia.
Diharap info yang pakcik berikan kepada anda semua dapat sedikit sebanyak membantu dalam perhubungan anda semua.Renung2kan..Peace no War!
No comments:
Post a Comment