Monday, June 28, 2010

Apa Wanita Patut Tahu Tentang Lelaki



Salam all,pakcik hari ni nk berkongsi serba sedikit tentang apa yang wanita perlu tahu tentang lelaki.Pakcik pon lelaki,so need to be fair,pakcik buatkan lah post ini untuk tatapan pembaca semua.Antara yang wanita patut tahu ialah :



  1. Birthday,valentines dan anniversary bukanlah tarikh penting bagi lelaki.Tarikh gaji keluar , tarikh bayar hutang atau bila tarikh perlawanan bola lagi penting untuk di ingat tau!

  2. Kalau terdesak,lelaki boleh buang air kecil di tepi semak,dipokok atau kt celah-celah longkang.Wanita!Oh x sopan jika buat mcm tu.huhuhu

  3. Kadang kala lelaki tidak berfikir tentang anda.Maaflah ya....

  4. Hujung minggu adalah masa untuk futsal,pools,video games,mamak,camping atau fishing bersama teman-teman.Teman wanita??Kita tengok hari lain lah!!

  5. Tidak perlu ada masa untk PMS!Wanita paham la apa itu PMS...hehe

  6. Tiga pasang kasut dah cukup dah bg lelaki-sport shoes,casual shoes dan formal shoes.dan tak ketinggalan sandal n selipar jepun.Semuanya sesuai untuk disuai padan.

  7. Ya dan Tidak adalah jawapan yang paling sempurna untuk semua persoalan.Tidak perlu ada alasan,huraian atau kesimpulan yg pangjang lebar.

  8. Bercerita la dengan lelaki tentang masalah yang perlu diselesaikan,bukan mencari simpati!

  9. Perkara yang diceritakan 6 bulan lepas,pasti sukar untuk di ingati semula.ala...cerita 7 hari lepas pon kadang-kadang x ingat.huhu

  10. Bila berat badan anda naik 1kg,bukan main kecoh anda mengomel,kalau lelaki,"ala naik sekilo jer,ape ada hal...."

  11. Christoper colombus tidak perlukan peta ketika belayar mengelilingi dunia.Itu lah lelaki,tak perlukan peta,redah aje..kalau sesat pergi jelah stesen minyak atau balai polis untuk bertanya jalan.Itu pon kalau benar2 terdesak.

  12. Anda cume perlu memberitahu lelaki tentang apa yang perlu dilakukan ATAU apa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikannya.Tetapi bukan kedua-duanya serentak.Tapi lg bagus kalau anda tahu buat sendiri.(Lelaki suka wanita yg pandai berdikari).

  13. Lelaki bukan lah mind readers yang baik.Jadi anda perlulah berterus terang dari mengharapkan mereka mengesan apa yang sedang bermain di minda atau hati anda

  14. Jika anda berkata"Tidak ada apa apa",lelaki beranggapan memang tidak ada apa-apa.They know you are lying,but it is just not worth the hassle.

  15. Jangan bertanyakan apa yang lelaki sedang fikirkan.Kecuali anda bersedia untuk berbincang mengenai topik tersebut dan juga mampu menerima apa juga feedback daripadanya.Lelaki pun ada kalanya lebih 'laser' berbanding wanita!Jadi bersedialah.

p/s:Pakcik pon ada beberapa sifat di atas.cume bukan semua la...ini hanyalah maklumat yang pakcik dapat untuk dikongsi bersama.Peace no War!!






Sunday, June 27, 2010

Langkah-langkah yg perlu utk mengukuhkan perhubungan


Salam all!! Maaf kerana senjak akhir-akhir ni pakcik x dapat nk post news dlm blog pakcik ni di atas beberapa factor yg x dapat dielakkan.Tapi xpe…disini pakcik ingin berkongsi info sedikit berkenaan dengan Langkah-langkah yang perlu untuk mengukuhkan sesuatu perhubungan dengan si dia.Kadang-kadang byk pasangan pada zaman sekarang tidak tahu cara untuk mengukuhkan perhubungan mereka apabila keadaan menjadi semakin pudar.Disini pakcik ada beberapa langkah yang boleh dipraktikkan iaitu :



1.Komunikasi
Ada pasangan yang jarang dapat berjumpa atas factor jarak dan mungkin atas factor kerja yang mungkin memerlukan untuk kerja di luar kawasan.Namun itu semua bukanlah alasan untuk berhubung dengan pasangan anda.Zaman sekarang terdapat byk cara untuk berkomunikasi iaitu dengan menggunakan teknologi sms,email,chatting dan sbgnya.Gunakanlah teknologi tersebut untuk memastikan hubungan anda dan pasangan berlangsung biarpon tinggal berjauhan untuk sementara waktu.

2.Beri Perhatian
Berikan lah perhatian lebih kepada pasangan anda .Sudah tentu si dia merupakan insan istimewa kepada anda,dan tidak salah untuk berikan yang terbaek untuk dia.Jika si dia mempunyai masalah,bantu lah dengan sebaik mungkin dan dengarlah curahan hati si dia serta memberikan pertolongan dan menyelesaikannya bersama.Jadilah seorang kekasih yg prihatin.

3.Ungkapan Cinta yang Tulus
Jgn kedekut untuk mengungkapkan kata-kata cinta kepada si dia.Lakukan nya secara ikhlas dari hati anda jgn dibuat secara paksaan.Anda perlu kreatif untuk menzahirkan ungkapan tersebut dan bukan secara skema.Lahirkan ungkapan tersebut dari hati anda sendiri.

4.Pelajari sifat dan perilaku.
Anda perlu mempelajari sifat si dia,apa yang dia suka dan apa yang si dia tidak suka,dan anda perlu memahami dan menerima apa yang dia,suka dan tidak suka tentang sesuatu perkara.Pabila anda sudah tahu apa yang dia tidak suka,jangan anda mencari pasal dengan melakukan apa yang tidak disukainya atau mengendah perkara yang disukainya.Tetapi jikalau ada yang dingini si dia ,membatasi hukum-hukum agama atau undang-undang,anda perlu menasihati dan membasminya sebaik mungkin.

5.Hubungan keluarga yang baik
Anda mahu berkahwin dengannya,secara automatiknya anda perlu ‘berkahwin’ dengan semua keluarganya.Jgn pula abaikan keluarga nya dan hanya pentingkan si dia shj.Anda perlulah mewujudkan perhubungan yang baik diantara anda dan kesemua keluarga si dia,ini dapat membantu hubungan anda dengan si dia semakin baik.

6.Jujur dan jadilah diri sendiri
Anda haruslah jujur didalam perhubungan yang anda wujudkan bersama si dia,tidak perlulah berlakon untuk menjadi orang lain,Just be your self dan pastinya anda akan berasa lebih bebas tanpa perlu bersikap hipokrit.Adalah lebih indah dan bermakna utk berlaku jujur tanpa ada dusta antara anda dan dirinya.

7.Menjaga emosi dan egois
Anda perlulah menjaga emosi anda dengan si dia sekiranya berlaku perselisihan faham atau ada yang si dia melakukan kesalahan.Pamerkan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi situasi sebegitu,jgn biarkan perasaan marah anda menguasai diri anda.Tenang dan gunakan akal fikiran anda untuk mengatasi masalah tersebut dan jgn terlalu egois terhadap si dia.

8.Masalah untuk diselesaikan bukan diabaikan
Jikalau terdapat masalah diantara anda dan si dia,selesaikan lah dengan secepat mungkin,dan jgn lah anda menunda dan membiarkan masalah yang di hadapi,ia boleh membuatkan perhubungan anda menjadi pudar.Maka perlulah menghadapi masalah-masalah tersebut dengan secepat yang mungkin .supaya tidak membelenggu perhubungan anda dgn si dia.


Diharap info yang pakcik berikan kepada anda semua dapat sedikit sebanyak membantu dalam perhubungan anda semua.Renung2kan..Peace no War!

Wednesday, June 23, 2010

Perkara Lelaki Kurang Senang Tentang Wanita.


Salam to all an a very good day.Hari ni,pakcik nk berkongsi sedikit tentang PERKARA YANG LELAKI KURANG SENANG DENGAN WANITA.Biasalah saban hari ada saja pasangan kekasih berpisah n bergaduh tak tentu pasal.Di harap info yang pakcik kongsi kan ini dpt menjawab persoalan,mengapa saban hari ada saja pasangan yang bergaduh dan berpisah,malahan bercerai apabila sudah berkahwin,renung2 kan..

Perkara yang lelaki kurang senang dengan wanita :-
1. Lelaki tak suke dengan pompuan yg berpura-pura santun dan lemah lembut.Lelaki lebih suka akan sikap semula jadi terhadap wanita itu sendiri dan ia lebih menambat hati.Percaya lah..itu lah yg lelaki suka.

2. Lelaki juga amat benci jikalau ada perempuan suke mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan.Kononnya mereka lebih anggun dri wanita lain.Lelaki sebenarnye x ambik port pon mengenai fesyen wanita asalkan kemas dan menarik pon dah cukup.

3. Lelaki juga tidak senang dengan perangai perempuan yang mencemburui pasangannya sendiri krn kelebihan yang ada.Cth seperti kekasih anda sendiri cemburu dengan anda sbb duit dlm akaun anda lebih byk dr dia…huhuhu…

4. Lelaki juga tidak suke dilayan secara emosi.Seperti terpaksa memanggil nama manja n selalu ingin belaian mesra dari pasangan anda(kecualilah jikalau anda yang mahu melakukannya!).Jika benar perasaan syg itu ada dihati,tak perlulah selalu menunjukkan secara zahir.

5. Sesetengah wanita mahukan kekasih yang dapat menghabiskan masa hanya dengan mereka.Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu privacy kaum lelaki.Lebih teruk apabila ada wanita yg suke merisik-risik drpd org yg rapat dengan kekasihnya.dan tidak kurang teruk ada yg suke bongkar data-data peribadi pasangan nya didalam laptop mahupun didalam hanfon pasangannya hanya kerana rasa curiga.

6. Emosi wanita juga boleh membuatkan lelaki naik angin.Mana taknya sbg contoh klu kuku jarinya terpatah atau hanfonnya rosak,mula la dier bising n kecoh sekampung dibuatnye,komplen x abis-abis..Lelaki mmg rimas klu bab hal-hal remeh temeh di perbesarkan.
7. Never ending shopping!!..ha ni satu lg tabiat yang lelaki kurang senang dengan wanita,kalau bershopping mcm la “tiada esok bagimu”.Shopping tu boleh tapi jgn la sampai keterlaluan.

8. Wanita yang suka byk ckp,suka membebel juga membuatkan kaum lelaki rimas sentiasa.KLu nk berckp boleh tapi jgn la non stop,huhuhu leh buat kekasih anda melarikan diri tau.Silap-silap kene sakit jantung jadiknya.hehehe

9. Wanita yang suka sgt boikot,merajuk tak tentu pasal dan mogok tak bertempat,mampu membuatkan keegoan lelaki tercabar!Kalau dah selalu sgt buat perangai,mahu angkat kaki juga dibuatnya.Hah! klu dah terjadi adegan sebegini,jawabnya “usah ditangisi pemergian daku!”
Diharap,apa yang disampaikan oleh pakcik sedikit sebanyak memberi manfaat utk kita semua.Kaum lelaki juga jgn la anggap anda semua itu perfect.Dalam perhubungan kita mesti lah ada sikap toleransi dan sikap bertolak ansur.Jika ada masalah bwk lah berbincang dan jgn la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya.Renung2kan...Peace no war!!

Tuesday, June 22, 2010

Kenapa Cinta itu Penting??


Salam all!! Arini pakcik nk berkongsi sedikit sebanyak tentang cinta.Pakcik tau semua org pasti suka di cintai dan mencintai antara satu sama lain huhuhu…Hari-hari pon byk cerita dan gosip berkenaan dengan cinta.Disini pakcik nk share bersama pembaca semua kenapa Cinta Itu Penting bagi semua orang.Antaranya ialah :

1.Membangkitkan kepercayaan sendiri
Dlm dunia pekerjaan sememangnya byk persaingan yg perlu dihadapi.Ada kalanya tekanan terhadap persaingan tersebut terbawa-bawa hingga kepada kehidupan peribadi.Disinilah cinta berfungsi utk mengembalikan kekuatan diri setelah anda mungkin berasa tertekan krn masalah dalam karier.Cinta mampu membuatkan ada kembali tenang dan melupakan seketika masalah di tmpt kerja.Malah cinta juga berupaya menjadi semangat secara fizikal dan emosi untuk anda terus sukses dlm memburu impian.

2.Memperbaiki persepsi terhadap diri sendiri
Kdg kala anda akan berasa rendah diri akan kebolehan sendiri.Anda berasakan tidak ada keistimewaan dari diri anda yang boleh ditonjolkan.Mungkin dr segi fizikal anda seperti saiz bdn anda yg kurus.Atau juga emosi anda yg seringkali tidak berasa yakin apabila melakukan sesuatu.Cinta mampu memperbaiki persepsi terhadap diri sendiri.Misalnya,anda berasa kurus dan kurang kacak,tetapi kerana rasa cinta,si dia sanggup menerima anda dengan seada-adanya.Anda tidak berasa yakin utk melakukan sesuatu,tetapi atas dorongan cinta,secara automatic anda akan berasa yakin melakukan yang terbaik utk sesuatu perkara.

3.Membuat kehidupan asmara lebih indah
Sekiranya anda mengetepikan emosi,maka anda akan berubah menjadi kekasih yang tak punya semangat kecintaan.Secara tak lgsung,keghairahan anda merudum dan semangat sensual juga merosot.Ini mungkin memberikan kesan emosi terhadap pasangan anda.Ayuh,ketepikan soal kerja atau permasalahan yang membebankan itu.Bebaskan diri anda buat seketika dan layari rasa cinta itu seenaknya.Cinta adalah salah satu cara utk anda sentiasa dekat dgn pasangan anda.

4.Menyingkirkan stress
Seperti melakukan senaman,cinta juga dapat menghasilkan hormone endorphin iaitu hormone yang bekerja utk menghilangkan rasa sakit.Bercinta juga dapat mempengaruhi perubahan mood.Misalnya,anda terlalu sibuk di pejabat dan ini membuatkan mood anda kurang baik.Stres yg dialami membuatkan libido anda menghilang .Lalu,cinta mampu membantu anda menyingkirkan stress itu.Caranya,mungkin suara si dia mampu memberikan ketenangan kepada anda.Atau tatapilah gambarnya yang diletakkan di meja kerja bagi menghilangkan stress.

5.Menjernihkan fikiran
Cinta bukan saja mampu menyingkirkan stress,malah mengembalikan kesegaran fikiran dan merangsang kreativiti.Ketika fikiran buntu,layu,kurang produktif,cinta mampu memberikan kesegaran tepat pada masanya.Lantas anda perlu menjana fikiran mengenai rasa cinta agar ia dapat mengembalikan kesegaran fikiran anda.

6.Meningkatkan kebahagiaan
Satu kajian telah dijalakan terhadap individu yg bercinta dan mempunyai karier mengaku 82% diantara mereka mampu mengimbangi antara cinta dan karier.Ini bermakna mereka bahagia menjalani kehidupan kedua-duanya.Bahkan ¾ daripada mereka mengaku,cinta membuatkan mereka semkain bersemangat utk memburu kejayaan bukan setakat dalam karier,malah kehidupan secara menyeluruh.

7.Meningkatkan kualiti hidup
Seseorang individu yang kerja berterusan tidak akan memperolah kesegaran fizikal yg sempurna.Sedikit sebanyak akan menjejaskan asmara anda kerana tidak ada tenaga lagi untuk menikmati aktiviti tersebut.Malah hari-hari anda juga boleh bertukar kusam kerana kesibukan kerja membatas dan menghalang waktu untuk mengembalikan rasa-rasa senang dan ceria tanpa dibebani perasaan tertekan terhadap cinta.Malah menerusi cinta juga sering kali membuatkan seseorang itu gembira dibuai asmara.

8.Momen yang paling menyenangkan
Bersetujukah anda tentang kenyataan ini bahawa cinta merupakan detik atau momen yg paling menyenangkan.Andai anda seorang yg begitu menghargai cinta,bijak menguruskan cinta dan mencambahkan cinta dengan perasaan kasih syg yg tulus dan ikhlas,pasti ia akan membuatkan hari-hari anda menjadi lebih bermakna.Malah ia akan meninggalkan momen yg segar di hati selamanya.

Diharap,apa yg pakcik berikan info ini dapat membantu pembaca semua tentang betapa pentingnya cinta didalam diri kita semua.tetapi pakcik juga ingin mengingatkan semua,bercinta tidak salah,Cuma jgnlah melebihi batas-batas agama kita.(^_^) Peace no war!

Sunday, June 20, 2010

Cerita Jenaka LARI DARI RUMAH

Salam n morning pada semua!!..Hari ni pakcik nk berkongsi satu cerita lari dari rumah yang berunsurkan jenaka.Yalah skrg nih byk kes-kes lari dari rumah di kaca televisyen sekarang.Moga anda semua terhibur dengan cerita yang pakcik sediakan.(^_^) Peace no war!

Lari Dari Rumah
Seorang suami baru sahaja bertengkar dengan isterinya.Habis bertengkar,secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

“Kenapa” Si suami bertanya.
Isterinya terhenti sebentar.Dia merenung suaminya itu lalu berkata:

“Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun.Dalam masa itu,rumah ini tak pernah aman.Asyik bertengkar sahaja.Saya sudah tak tahan.Saya nak tinggalkan rumah ini!”

Lelaki itu berfikir sebentar.Dia kemudian lari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

“Betul jugak kata awk.Saya pun dah tak tahan dengan rumah ni.Saya nak ikut awk keluar dari rumah ini!Jom!”

Hehehe..moga-moga anda semua terhibur dengan jenaka yang di sediakn oleh pakcik.Msg kepada yang ingin lari dari rumah,hentikan la..perbuatan anda tu sia-sia belaka kerana semua masalah mesti ada jalan penyelesian,Insyaallah.Jgn bertindak terburu-buru mengikut perasaan anda,kelak anda sendiri yang menyesal. Renung2 kan…Peace no war!!

Saturday, June 19, 2010

Tips untuk bajet perkahwinan!!



Salam to all!!Hari ni pakcik nk kongsi sikit la tentang bajet perkahwinan yang perlu disediakan oleh bakal-bakal pengantin atau ada yang nak tambah lagi satu..hehehe...terdapat beberapa tip yang pakcik rasa perlu didalam mengurus bajet untuk perkahwinan.Maklum la,sekarang nih musim perkahwinan sana sini pakcik dapat jemputan,tahniah kepada mereka semua semoga bahagia selama-lamanya..(^_^)...Ok tip-tip nya adalah :-

1.Berapa Bajet yang ada ?
Bagi memudahkan perjalanan majlis perkahwinan,anda semua perlu mempunyai bajet yang cukup.Adalah penting tentukan berapa byk bajet yg diperlukan untuk majlis perkahwinan.Sebelum itu,kira jumlah wang yang anda miliki,kemudian fikirkan berapa byk diperlukan dan berapa byk pula anda perlu simpan?
2. Semak Bajet anda
Untuk memastikan bajet perkahwinan anda berada dalam landasan,pastikan anda sentiasa membuat semakan.Sebaik-baiknya usahakan sebuah majlis perkahwinan mengikut kemampuan anda.Jgn overbajet,jika tak,anda berdepan dengan kemelut kewaangan untuk tempoh yg lama

3. Kongsi Simpanan
Memandangkan majlis perkahwinan yang bakal berlgsung adalah antara anda dan pasangan,apa salahnye jika anda berkongsi simpanan bersama bakal pengantin anda dengan membuat akaun bersama,dan anda perlu la disiplin utk depositkan wang selalu utk melangsungkan perkahwinan anda dan pasangan,elakkan dari membuat personal loan dari bank.

4.Ikut keutamaan
Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad untuk kahwin,anda disarankan agar memberi keutamaan terhadap perkara yg penting atau perlu terlebih dahulu.Ia bertujuan agar anda mencari jln utk menjimatkan perbelanjaan.Sbg cth,membyr gmbr kahwin adalah lg penting dr membayar wang utk kugiran utk persembahan.
5.Ketahui Quotation Perkhidmatan
Perkara ini adalah sgt penting dlm mengadakan mjlis perkahwinan.Anda perlu ketahui quotation(sebutharga) sesuatu perkhidmatan atau barang yang bakal di beli.Tujuannya utk dptkan harga terbaek.Untuk itu buat perbandingan harga sekurang-kurangnya drpada 3 org pembekal untuk sesuatu perkhidmatan.Dptkan sebutharga utk pelamin,katering,gambar,video dan sbgnya.

6.Berapa kos sebenar?
Apabila anda telah mempunyai bajet yang tepat untuk setiap barangan atau perkhidmatan yang disenaraikan,perkara seterusnya yang perlu anda lakukakn ialah mendapatkan kos sebenar utk setiap barangan bersebelahan dengan kos jangkaan.Tujuannya memudahkan anda membuat perbandingan untuk mengetahui jumlah perbelanjaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut.

Itu lah serba sedikit tip yang pakcik anggap penting dalam menguruskan bajet utk majlis perkahwinan yang diimpikan oleh setiap pengantin.Harap dengan maklumat yang diberi dapat membantu pembaca-pembaca dalam pengurusan bajet.Peace NO war!!! (^_^)

Tips @ Petua Kejayaan Dalam Tangan Anda!!



Salam,Pakcik disini ingin berkongsi serba sedikit tips@petua yang boleh kita amalkan sebagai pekerja,bos@manusia biasa, untuk berjaya didalam diri kita ni antaranye ialah :-

-->>Elak dari berbual mengenai perkara-perkara yang NEGATIF terutamanya mengutuk org lain di belakang.Jika anda suka bergosip,org di sekeliling anda tidak akan bercerita perkara penting pada anda.Jadi seloknya "jaga tepi kain sendiri" atau "mind your own business".


-->>Bekerjalah dengan org yg mampu mencabar kredibiliti anda.Secara tidak langsung anda boleh mempelajari lebih byk perkara melalui individu tersebut yg ternyata memiliki banyak kemahiran dan pengalaman yg berguna


-->>Seseorang bos harus memiliki kemahiran berkomunikasi yang bagus.Mereka mempelajari kemahiran ini dr org sekeliling termasuk pekerja bawahan mereka sendiri.Jadi tidak ada alasan mengapa anda tidak perlu bercampur gaul dengan org sekeliling anda biar pun mereka yang pangkatnya lebih rendah dari anda


-->>Mendampingi bos bukan untuk mengampu dan membodek tetapi atas dasar mahu mempelajari kemahiran dan kredibiliti beliau yang boleh dijadikan contoh.


-->>Dalam sehari,peruntukkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk anda bersendirian.Fikirkan apa misi hidup anda?Apa yang perlu anda lakukan demi mencapai sesuatu yang terbaek?Apa langkah-langkah anda untuk mencapai kejayaan?Fikirkan dan tetapkan misi anda.


-->>Tepati waktu.Cuba untuk sampai ke suatu destinasi(terutamanya membuat temu janji)sekurang-kurangnya lima minit lebih awl dari masa yang dijanji.Ia juga mampu mengelakkan anda dari tertekan(kerana lewat)dan memberikan anda masa untuk relaks.


-->>Jika Plan A untuk anda memburu kejayaan didalam karier tidak kesampaian ,laksanakan pula Plan B dan seterusnya.Jangan menetapkan hanya satu perancangan sebaliknya anda boleh membuatnya lebih dari lima.Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".


-->>Selalu ingat :Rahsia kejayaan ialah semangat.Fikirlah sesuatu yang paling bermakna.Sebarkan kasih sayang dan kegembiraan dan kejayaan pasti akan mengekori langkah anda di kemudian hari.Berilah penghargaan pada diri sendiri andai anda mampu mencapai kejayaan.


-->>Berpakaianlah mengikut kerjaya anda .Bukan menyarung apa saja yang ada dalam simpanan anda.Biar cara pemakaian anda melambangkan tahap profesional anda .


-->>Jangan mengambil berat atau terlalu memikirkan perkara yang remeh-temeh.Jika ada org yang sukakan anda,biarkan.Itu masalah mereka.BUt always strike to give your best!!


Itu la serba sedikit tip-tip yang rasa pakcik boleh membantu pembaca-pembaca semua untuk berjaya didalam hidup.Peace no war!!! (^_^)


Thursday, June 17, 2010


*new myvi facelift....
New Myvi will launched this June 2010..... we will see the new facelift that had been my by Perodua for Myvi n Viva...Pakcik got some photo to share that could be new facelift for myvi...