Salam to all an a very good day.Hari ni,pakcik nk berkongsi sedikit tentang PERKARA YANG LELAKI KURANG SENANG DENGAN WANITA.Biasalah saban hari ada saja pasangan kekasih berpisah n bergaduh tak tentu pasal.Di harap info yang pakcik kongsi kan ini dpt menjawab persoalan,mengapa saban hari ada saja pasangan yang bergaduh dan berpisah,malahan bercerai apabila sudah berkahwin,renung2 kan..
Perkara yang lelaki kurang senang dengan wanita :-
1. Lelaki tak suke dengan pompuan yg berpura-pura santun dan lemah lembut.Lelaki lebih suka akan sikap semula jadi terhadap wanita itu sendiri dan ia lebih menambat hati.Percaya lah..itu lah yg lelaki suka.
2. Lelaki juga amat benci jikalau ada perempuan suke mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan.Kononnya mereka lebih anggun dri wanita lain.Lelaki sebenarnye x ambik port pon mengenai fesyen wanita asalkan kemas dan menarik pon dah cukup.
3. Lelaki juga tidak senang dengan perangai perempuan yang mencemburui pasangannya sendiri krn kelebihan yang ada.Cth seperti kekasih anda sendiri cemburu dengan anda sbb duit dlm akaun anda lebih byk dr dia…huhuhu…
4. Lelaki juga tidak suke dilayan secara emosi.Seperti terpaksa memanggil nama manja n selalu ingin belaian mesra dari pasangan anda(kecualilah jikalau anda yang mahu melakukannya!).Jika benar perasaan syg itu ada dihati,tak perlulah selalu menunjukkan secara zahir.
5. Sesetengah wanita mahukan kekasih yang dapat menghabiskan masa hanya dengan mereka.Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu privacy kaum lelaki.Lebih teruk apabila ada wanita yg suke merisik-risik drpd org yg rapat dengan kekasihnya.dan tidak kurang teruk ada yg suke bongkar data-data peribadi pasangan nya didalam laptop mahupun didalam hanfon pasangannya hanya kerana rasa curiga.
6. Emosi wanita juga boleh membuatkan lelaki naik angin.Mana taknya sbg contoh klu kuku jarinya terpatah atau hanfonnya rosak,mula la dier bising n kecoh sekampung dibuatnye,komplen x abis-abis..Lelaki mmg rimas klu bab hal-hal remeh temeh di perbesarkan.
7. Never ending shopping!!..ha ni satu lg tabiat yang lelaki kurang senang dengan wanita,kalau bershopping mcm la “tiada esok bagimu”.Shopping tu boleh tapi jgn la sampai keterlaluan.
8. Wanita yang suka byk ckp,suka membebel juga membuatkan kaum lelaki rimas sentiasa.KLu nk berckp boleh tapi jgn la non stop,huhuhu leh buat kekasih anda melarikan diri tau.Silap-silap kene sakit jantung jadiknya.hehehe
9. Wanita yang suka sgt boikot,merajuk tak tentu pasal dan mogok tak bertempat,mampu membuatkan keegoan lelaki tercabar!Kalau dah selalu sgt buat perangai,mahu angkat kaki juga dibuatnya.Hah! klu dah terjadi adegan sebegini,jawabnya “usah ditangisi pemergian daku!”
Diharap,apa yang disampaikan oleh pakcik sedikit sebanyak memberi manfaat utk kita semua.Kaum lelaki juga jgn la anggap anda semua itu perfect.Dalam perhubungan kita mesti lah ada sikap toleransi dan sikap bertolak ansur.Jika ada masalah bwk lah berbincang dan jgn la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya.Renung2kan...Peace no war!!
No comments:
Post a Comment