Saturday, June 19, 2010

Tips untuk bajet perkahwinan!!



Salam to all!!Hari ni pakcik nk kongsi sikit la tentang bajet perkahwinan yang perlu disediakan oleh bakal-bakal pengantin atau ada yang nak tambah lagi satu..hehehe...terdapat beberapa tip yang pakcik rasa perlu didalam mengurus bajet untuk perkahwinan.Maklum la,sekarang nih musim perkahwinan sana sini pakcik dapat jemputan,tahniah kepada mereka semua semoga bahagia selama-lamanya..(^_^)...Ok tip-tip nya adalah :-

1.Berapa Bajet yang ada ?
Bagi memudahkan perjalanan majlis perkahwinan,anda semua perlu mempunyai bajet yang cukup.Adalah penting tentukan berapa byk bajet yg diperlukan untuk majlis perkahwinan.Sebelum itu,kira jumlah wang yang anda miliki,kemudian fikirkan berapa byk diperlukan dan berapa byk pula anda perlu simpan?
2. Semak Bajet anda
Untuk memastikan bajet perkahwinan anda berada dalam landasan,pastikan anda sentiasa membuat semakan.Sebaik-baiknya usahakan sebuah majlis perkahwinan mengikut kemampuan anda.Jgn overbajet,jika tak,anda berdepan dengan kemelut kewaangan untuk tempoh yg lama

3. Kongsi Simpanan
Memandangkan majlis perkahwinan yang bakal berlgsung adalah antara anda dan pasangan,apa salahnye jika anda berkongsi simpanan bersama bakal pengantin anda dengan membuat akaun bersama,dan anda perlu la disiplin utk depositkan wang selalu utk melangsungkan perkahwinan anda dan pasangan,elakkan dari membuat personal loan dari bank.

4.Ikut keutamaan
Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad untuk kahwin,anda disarankan agar memberi keutamaan terhadap perkara yg penting atau perlu terlebih dahulu.Ia bertujuan agar anda mencari jln utk menjimatkan perbelanjaan.Sbg cth,membyr gmbr kahwin adalah lg penting dr membayar wang utk kugiran utk persembahan.
5.Ketahui Quotation Perkhidmatan
Perkara ini adalah sgt penting dlm mengadakan mjlis perkahwinan.Anda perlu ketahui quotation(sebutharga) sesuatu perkhidmatan atau barang yang bakal di beli.Tujuannya utk dptkan harga terbaek.Untuk itu buat perbandingan harga sekurang-kurangnya drpada 3 org pembekal untuk sesuatu perkhidmatan.Dptkan sebutharga utk pelamin,katering,gambar,video dan sbgnya.

6.Berapa kos sebenar?
Apabila anda telah mempunyai bajet yang tepat untuk setiap barangan atau perkhidmatan yang disenaraikan,perkara seterusnya yang perlu anda lakukakn ialah mendapatkan kos sebenar utk setiap barangan bersebelahan dengan kos jangkaan.Tujuannya memudahkan anda membuat perbandingan untuk mengetahui jumlah perbelanjaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut.

Itu lah serba sedikit tip yang pakcik anggap penting dalam menguruskan bajet utk majlis perkahwinan yang diimpikan oleh setiap pengantin.Harap dengan maklumat yang diberi dapat membantu pembaca-pembaca dalam pengurusan bajet.Peace NO war!!! (^_^)

2 comments:

  1. pengalaman ape nye....pakcik kawen pon blom...tp mmg logik pon....huhuh...tip2 nih fakta...bukan tipu2...

    ReplyDelete