Sunday, June 20, 2010

Cerita Jenaka LARI DARI RUMAH

Salam n morning pada semua!!..Hari ni pakcik nk berkongsi satu cerita lari dari rumah yang berunsurkan jenaka.Yalah skrg nih byk kes-kes lari dari rumah di kaca televisyen sekarang.Moga anda semua terhibur dengan cerita yang pakcik sediakan.(^_^) Peace no war!

Lari Dari Rumah
Seorang suami baru sahaja bertengkar dengan isterinya.Habis bertengkar,secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

“Kenapa” Si suami bertanya.
Isterinya terhenti sebentar.Dia merenung suaminya itu lalu berkata:

“Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun.Dalam masa itu,rumah ini tak pernah aman.Asyik bertengkar sahaja.Saya sudah tak tahan.Saya nak tinggalkan rumah ini!”

Lelaki itu berfikir sebentar.Dia kemudian lari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

“Betul jugak kata awk.Saya pun dah tak tahan dengan rumah ni.Saya nak ikut awk keluar dari rumah ini!Jom!”

Hehehe..moga-moga anda semua terhibur dengan jenaka yang di sediakn oleh pakcik.Msg kepada yang ingin lari dari rumah,hentikan la..perbuatan anda tu sia-sia belaka kerana semua masalah mesti ada jalan penyelesian,Insyaallah.Jgn bertindak terburu-buru mengikut perasaan anda,kelak anda sendiri yang menyesal. Renung2 kan…Peace no war!!

No comments:

Post a Comment