Tuesday, June 22, 2010

Kenapa Cinta itu Penting??


Salam all!! Arini pakcik nk berkongsi sedikit sebanyak tentang cinta.Pakcik tau semua org pasti suka di cintai dan mencintai antara satu sama lain huhuhu…Hari-hari pon byk cerita dan gosip berkenaan dengan cinta.Disini pakcik nk share bersama pembaca semua kenapa Cinta Itu Penting bagi semua orang.Antaranya ialah :

1.Membangkitkan kepercayaan sendiri
Dlm dunia pekerjaan sememangnya byk persaingan yg perlu dihadapi.Ada kalanya tekanan terhadap persaingan tersebut terbawa-bawa hingga kepada kehidupan peribadi.Disinilah cinta berfungsi utk mengembalikan kekuatan diri setelah anda mungkin berasa tertekan krn masalah dalam karier.Cinta mampu membuatkan ada kembali tenang dan melupakan seketika masalah di tmpt kerja.Malah cinta juga berupaya menjadi semangat secara fizikal dan emosi untuk anda terus sukses dlm memburu impian.

2.Memperbaiki persepsi terhadap diri sendiri
Kdg kala anda akan berasa rendah diri akan kebolehan sendiri.Anda berasakan tidak ada keistimewaan dari diri anda yang boleh ditonjolkan.Mungkin dr segi fizikal anda seperti saiz bdn anda yg kurus.Atau juga emosi anda yg seringkali tidak berasa yakin apabila melakukan sesuatu.Cinta mampu memperbaiki persepsi terhadap diri sendiri.Misalnya,anda berasa kurus dan kurang kacak,tetapi kerana rasa cinta,si dia sanggup menerima anda dengan seada-adanya.Anda tidak berasa yakin utk melakukan sesuatu,tetapi atas dorongan cinta,secara automatic anda akan berasa yakin melakukan yang terbaik utk sesuatu perkara.

3.Membuat kehidupan asmara lebih indah
Sekiranya anda mengetepikan emosi,maka anda akan berubah menjadi kekasih yang tak punya semangat kecintaan.Secara tak lgsung,keghairahan anda merudum dan semangat sensual juga merosot.Ini mungkin memberikan kesan emosi terhadap pasangan anda.Ayuh,ketepikan soal kerja atau permasalahan yang membebankan itu.Bebaskan diri anda buat seketika dan layari rasa cinta itu seenaknya.Cinta adalah salah satu cara utk anda sentiasa dekat dgn pasangan anda.

4.Menyingkirkan stress
Seperti melakukan senaman,cinta juga dapat menghasilkan hormone endorphin iaitu hormone yang bekerja utk menghilangkan rasa sakit.Bercinta juga dapat mempengaruhi perubahan mood.Misalnya,anda terlalu sibuk di pejabat dan ini membuatkan mood anda kurang baik.Stres yg dialami membuatkan libido anda menghilang .Lalu,cinta mampu membantu anda menyingkirkan stress itu.Caranya,mungkin suara si dia mampu memberikan ketenangan kepada anda.Atau tatapilah gambarnya yang diletakkan di meja kerja bagi menghilangkan stress.

5.Menjernihkan fikiran
Cinta bukan saja mampu menyingkirkan stress,malah mengembalikan kesegaran fikiran dan merangsang kreativiti.Ketika fikiran buntu,layu,kurang produktif,cinta mampu memberikan kesegaran tepat pada masanya.Lantas anda perlu menjana fikiran mengenai rasa cinta agar ia dapat mengembalikan kesegaran fikiran anda.

6.Meningkatkan kebahagiaan
Satu kajian telah dijalakan terhadap individu yg bercinta dan mempunyai karier mengaku 82% diantara mereka mampu mengimbangi antara cinta dan karier.Ini bermakna mereka bahagia menjalani kehidupan kedua-duanya.Bahkan ¾ daripada mereka mengaku,cinta membuatkan mereka semkain bersemangat utk memburu kejayaan bukan setakat dalam karier,malah kehidupan secara menyeluruh.

7.Meningkatkan kualiti hidup
Seseorang individu yang kerja berterusan tidak akan memperolah kesegaran fizikal yg sempurna.Sedikit sebanyak akan menjejaskan asmara anda kerana tidak ada tenaga lagi untuk menikmati aktiviti tersebut.Malah hari-hari anda juga boleh bertukar kusam kerana kesibukan kerja membatas dan menghalang waktu untuk mengembalikan rasa-rasa senang dan ceria tanpa dibebani perasaan tertekan terhadap cinta.Malah menerusi cinta juga sering kali membuatkan seseorang itu gembira dibuai asmara.

8.Momen yang paling menyenangkan
Bersetujukah anda tentang kenyataan ini bahawa cinta merupakan detik atau momen yg paling menyenangkan.Andai anda seorang yg begitu menghargai cinta,bijak menguruskan cinta dan mencambahkan cinta dengan perasaan kasih syg yg tulus dan ikhlas,pasti ia akan membuatkan hari-hari anda menjadi lebih bermakna.Malah ia akan meninggalkan momen yg segar di hati selamanya.

Diharap,apa yg pakcik berikan info ini dapat membantu pembaca semua tentang betapa pentingnya cinta didalam diri kita semua.tetapi pakcik juga ingin mengingatkan semua,bercinta tidak salah,Cuma jgnlah melebihi batas-batas agama kita.(^_^) Peace no war!

6 comments:

  1. Mestilah romantik...dah nama cinta...apele...ko jgn tiru2 lak mcm tu...itu hanya lah ilusi semata-mata..lepas kawen buat camtuh xpe la...hehehe

    ReplyDelete
  2. wahhhh..ade tips cintan cintun gitu.follow anda oredy~~

    ReplyDelete
  3. thanks miss bucken!!! i olredi follow yours too...

    ReplyDelete
  4. huhu..thanx ye..tp anda tiade pule dlm list followers itu..btw, trimas2 ^_^

    ReplyDelete